Maklumat Universiti

View previous topic View next topic Go down

Maklumat Universiti

Post  Naib Canselor on Thu Mar 06, 2008 10:05 pm

Macam-macam ada...

Naib Canselor
Admin

Posts: 70
Join date: 2008-03-07
Age: 28
Location: ampang

View user profile http://myuniversity.yahooboard.net

Back to top Go down

LAGU UPM

Post  Naib Canselor on Mon Mar 10, 2008 6:21 pm

LAGU UPM

PUTRA GEMILANG

Universiti Putra Malaysia
Gedung ilmu menara budi
Di sinilah berhimpun warga siswa
Menjunjung amanat BERILMU BERBAKTI

Teguh setia mengisi harapan
Insan bertaqwa penunjang peribadi
Berpadu tenaga mencapai kejayaan
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Universiti Putra Malaysia
Pembina wawasan gemilang
Universiti Putra Malaysia
Pembentuk siswa cemerlang

Semarak namamu di sinar zaman
Semerbak namamu di suara sanjungan
Penyumbang bakti ke anak bangsa
Pewaris sejati negara tercinta

Di damai desa di permai kota
Tersemat citramu semegah kenangan
Di darjat bangsa di daulat negara
Tersurat jasamu menjana kemajuan

_________________
salam hormat dari Naib Canselor

Naib Canselor
Admin

Posts: 70
Join date: 2008-03-07
Age: 28
Location: ampang

View user profile http://myuniversity.yahooboard.net

Back to top Go down

MAKLUMAT AM UNIVERSITY

Post  Naib Canselor on Mon Mar 10, 2008 6:22 pm

Sejarah

Pusat Pengajian Siswazah telah ditubuhkan secara rasmi pada 9hb. Februari 1993 dan mempunyai status yang setara dengan fakulti/pusat di UPM. Pusat Pengajian Siswazah bertanggungjawab menyelaraskan semua program siswazah Universiti. Bermula 1hb. Mac 2002 nama Pusat Pengajian Siswazah telah ditukarkan kepada Sekolah Pengajian Siswazah.

Sebelum Pusat Pengajian Siswazah ditubuhkan, satu jawatankuasa pusat diketuai oleh Naib Canselor bertanggungjawab ke atas kesemua aktiviti Pengajian Siswazah. Pada November 1982, jawatankuasa tersebut telah dinaik taraf sebagai Lembaga. Pada masa ini Sekolah Pengajian Siswazah mempunyai lebih kurang 5,000 pelajar termasuk 1,200 pelajar antarabangsa. Pengajian siswazah UPM telah berkembang pesat dan UPM telah merancang untuk mencapai sasaran 10,000 pelajar siswazah menjelang tahun 2010.



Latar Belakang

Pendidikan di Malaysia merupakan salah satu pengalaman berharga, dan Sekolah Pengajian Siswazah diwujudkan bagi membantu pelajar siswazah dalam pencarian ilmu dan pengetahuan di peringkat yang tertinggi.

Sebagai sebuah institusi yang berprestij, Sekolah Pengajian Siswazah mewarisi tradisi penyelidikan dan keilmuan yang tinggi. Sekolah Pengajian Siswazah menawarkan lebih 250 bidang Pengajian di peringkat Master dan Doktor Falsafah. Program pendidikan yang ditawarkan adalah seimbang dan relevan dengan perkembangan semasa bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Pada masa ini, UPM merupakan salah satu Universiti tempatan yang mempunyai peratusan pensyarah berkelulusan PhD yang paling tinggi. Kami juga menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira perpestif global di mana terdapat pelajar dari lebih 50 buah negara melanjutkan pengajian di kampus ini. Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk membangunkan potensi dan mencapai tahap kesarjanaan tertinggi bersama kami.



Misi

Misi SPS ialah untuk menjadi sebuah Sekolah Pengajian Siswazah yang unggul dengan menyediakan prasarana dinamik dan perkhidmatan mesra pelanggan untuk menghasilkan graduan siswazah yang berkualiti.

_________________
salam hormat dari Naib Canselor

Naib Canselor
Admin

Posts: 70
Join date: 2008-03-07
Age: 28
Location: ampang

View user profile http://myuniversity.yahooboard.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum